30 May 2010

SOTONG!!! Punya la besar.....

Aktiviti mengail merupakan aktiviti masa lapang yang digemari oleh sebilangan orang diluar sana. Macam-macam ikan yang boleh dikail seperti ikan keli,ikan jenahak, ikan siakap, ikan tongkol dan lain-lain ikan lagi. Namun ada juga hidupan akuatik lain yang kadang-kala tersangkut pada mata kail. Ini berlaku di Utara Norway apabila Anderson berjaya mengail dan menangkap seekor sotong gergasi yang tersangkut pada mata kailnya. Kejadian ini sempat dirakam oleh kawannya yang sama-sama mengail di tempat tersebut. Bayangkan kalaulah kita berjaya menangkap sotong gergasi tersebut.Apa yang korang buat? Rasa-rasanya boleh simpan di dalam peti ais dan boleh dimakan sehingga setahun.Tak payah lagi korang susah-susah beli makanan kat kedai... korang dapat sotong ni,lantak korang la nak buat camne dengan sotong ni..nak buat masak kunyit ke....masak masam manis ke...masak halia ke....sotong tiga rasa ke...x kisah...asalkan korang jangan jadi SOTONG sudah!!!!

Komputer CAIR!!!

Komputer merupakan sebuah mesin yang diciptakan untuk memudahkan urusan manusia melakukan kerja. Kegunaan komputer ini terlalu banyak antaranya menyiapkan dokumen rasmi, memainkan DVD, melayari internet seperti menghantar e-mail, layan facebook, membuat video conference, bermain games dan lain-lain lagi. Tapi awas! Jangan on komputer anda terlalu lama kerana komputer ini akan menjadi panas dan panas dan seterusnya komputer ini akan CAIR!!! (seperti gambar diatas).Oleh itu,berpada-padalah korang apabila menghadap komputer ni...bimbang komputer korang akan jadi CAIR disebabkan terlalu panas.....

Kentut paling power didunia

Kentut merupakan perbuatan yang sihat kerana kentut dapat mengeluarkan gas-gas yang tidak diperlukan dalam badan seseorang. Gambar kat atas ni menunjukkan kentut yang paling power didunia....Siap keluar api lagi....Hahaha.....

Papa! Belikan basikal untuk saya...

Gambar diatas ini menunjukkan manusia yang paling miskin didunia kerana tidak mempunyai wang untuk membeli basikal. Basikal yang dilukis kat atas jalan raya pun diboncengnya...Pelik betul perangai manusia zaman sekarang...macam-macam boleh berlaku...

Akibat parking kereta kat depan pili bomba

Korang kalau nak parking kereta jangan parking ikut suka hati korang je...contoh terbaik gambar kat atas ni...parking kereta kat depan pili bomba...Apabila berlaku kecemasan dan kebakaran,pihak bomba akan menggunakan pili yang berdekatan untuk disambung dengan hos untuk memadamkan kebakaran. Cermin kereta yang parking kat depan pili bomba dipecahkan dan dimasukkan hos kedalam kereta tersebut supaya pengaliran air tidak tersekat. Tu la..taknak ikut undang-undang yang telah ditetapkan....PADAN MUKA!!!

28 April 2010

Tidur berbantal pelukkan motosikal



Tidur merupakan perkara rutin yang kita lakukan setiap hari. Tidur takkan selesa jika kita tidur tanpa berlapikkan tilam, bantal, bantal peluk, cadar, selimut dan sebagainya. Tapi pernahkah korang melihat manusia tidur dengan menjadikan motosikal kesayangannya sebagai bantal peluk? Ini berlaku di Amerika Utara apabila seorang manusia aneh yang bernama Smith menggunakan motosikal kesayangannya sebagai bantal peluk ketika sedang tidur. Smith terlalu sayang akan motosikalnya dan beliau bimbang motosikal kesayangannya akan hilang dicuri oleh perompak. Macam-macam perkara aneh yang berlaku sekarang ni. Korang rasa manusia bernama Smith ni waras atau tidak? Ye la..tau la sayangkan motosikal tapi takkan sampai dijadikan bantal peluk... Aku rasa korang pun boleh buat macam Si Smith ni jika korang sayangkan sesuatu...contohnya korang boleh peluk TV atau peti ais atau mesin basuh atau benda2 lain lagi yang korang sayang...

27 April 2010

Penumpang keretapi di India



Negara India merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia. Penduduknya juga kebanyakannya miskin dan tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri. Buktinya, lihatlah foto diatas menggambarkan keadaan yang begitu teruk sekali di negara tersebut. Rakyatnya tidak mempunyai pengangkutan sendiri untuk menuju ke sesuatu destinasi. Mereka sanggup memanjat keretapi tidak kira di bahagian mana sekalipun, ditepi, didepan dan di bumbung keretapi. Diorang naik keretapi sedemikian rupa kerana pertama, faktor kemiskinan...diorang tidak mempunyai wang untuk membeli tiket keretapi...kedua,faktor terlebih muatan kat dalam keretapi tersebut...alang-alang kat dalam dah penuh,kat luar pun jadilah....dan faktor ketiga adalah keseronokan,ye la kalau duduk kat dalam susah nak nikmati keindahan alam,kalau kat luar diorang boleh tengok pemandangan yang indah dan siap boleh makan angin lagi...Dilaporkan ada kematian yang berlaku setiap hari gara-gara diorang naik keretapi camni.Agak-agak korang berani tak panjat keretapi cam kat atas ni? Kalau korang tak sempat beli tiket untuk balik raya,korang buat la macam ni......confirm korang bukan saje dapat balik kampung, korang juga dapat balik ke alam barzakh....hehehe..

25 April 2010

Monitor komputer lutsinar



Korang pernah lihat tak skrin monitor komputer yang lutsinar ni? Rasa-rasa korang tak pernah lihat ,kan? Canggih sungguh zaman milenium ni...macam-macam diorang boleh cipta....daripada mesin taip diciptakan komputer....daripada motor diciptakan kereta.... daripada tv hitam putih diciptakan tv warna....yang ni daripada monitor biasa diciptakan monitor yang lutsinar pula...nanti yang main game dan facebook kat pejabat selamat la,kan? Ye la, tengah2 layan FB, bos datang dari belakang...boleh nampak bos melalui skrin komputer...boleh la korang cepat2 tutup FB atau game dan teruskan buat keje.... betul tak?

Lengan tercabut gara-gara angkat berat 157.5kg



Ni lagi satu...x fikir dulu sebelum buat sesuatu perkara. Orang lain angkat berat dia pun nak angkat berat gak. Dia ni seorang peserta angkat berat (x tahu dari negara mana) yang menyertai sukan angkat berat kat negara dia(macam SUKMA la kot). Peserta ini tercabut lengannya apabila mengangkat berat seberat 157.5kg kerana badannya tidak dapat menampung berat benda yang berat tu...Ish..ish...ish...SUNGGUH BERAT ORANG ITU....

Handphone "hands-free"



Macam-macam handphone dijual di pasaran sekarang. Ada yang berjenama Nokia, Sony Ericsson, Samsung, LG dan lain-lain lagi. Ada yang berfungsi bluetooth, infrared, 3G dan pelbagai lagi fungsi yang kita tidak pernah dengar. Tapi yang ni memang yang kita x pernah lihat handphone "hands-free" versi Zimbabwe....siap gantung kat telinga lagi handset tu....memang betul2 tak pakai tangan-->hands-free handphone... sapa2 yang nak pakai handphone handsfree camni bolehlah pergi tebuk luas2 telinga korang... nak letak public phone pun boleh...hahaha.... ;)

Jeput Pise (cucur pisang)



"Jeput Pise" atau nama sebenarnya cucur pisang (nama saintifik x tahu) sememangnya mudah diadun dan digoreng sendiri oleh sesiapa sahaja. Terdapat banyak cucur antaranya cucur udang, cucur bawang, cucur badak, cucur cempedak dan lain2 cucur lagi.Senang sahaja ramuannya iaitu tepung,telur,gula,garam, pisang dan air. Cara membuatnya mudah sahaja iaitu lenyekkan pisang(apa2 jenis pisang pun takpe) dalam sebuah bekas. Guna bekas yang lain dan campurkan adunan yang masih tertinggal iaitu tepung,telur dan air. Adunkan sehingga sebati. Selepas itu masukkan sedikit gula dan garam kedalam adunan tersebut(kalau nak lemak sedikit tambahkan susu cair). Akhir sekali campurkan pisang yang telah dilenyek tadi kedalam adunan tersebut. Panaskan kuali kemudian goreng. Kemudian, angkat dan hidangkan di atas pinggan (seperti gambar diatas). Kemudian,makanlah......tunggu apa lagi....hehehe...

Jeput Pise Jela Berange

Blog ini ditulis untuk mengisi masa lapang penulis disamping berkongsi perkara-perkara yang aneh dan yang pelik yang berlaku di muka bumi ini. Blog ini diberi nama jeput pise jela berange asal perkataan daripada loghat Kelantan bermaksud cucur pisang jelar berangan (jelar berangan merupakan nama sejenis pisang) kerana penulis beranggapan bahawa semua orang suka memakan cucur terutamanya cucur pisang dan cucur ini mudah diadun dan digoreng sendiri di rumah.Banyak ragam manusia yang aneh dan pelik di akhir zaman ini. Kadang-kadang kita tertanya-tanya apakah motif atau tujuan mereka melakukan sedemikian rupa tanpa memikirkan kesannya terhadap individu tersebut. Blog ini juga memaparkan gambar-gambar dan kejadian-kejadian aneh yang belum pernah kita lihat sebelum ini.....

SELAMAT DATANG KE BLOG JEPUT PISE JELA BERANGE.........