30 May 2010

SOTONG!!! Punya la besar.....

Aktiviti mengail merupakan aktiviti masa lapang yang digemari oleh sebilangan orang diluar sana. Macam-macam ikan yang boleh dikail seperti ikan keli,ikan jenahak, ikan siakap, ikan tongkol dan lain-lain ikan lagi. Namun ada juga hidupan akuatik lain yang kadang-kala tersangkut pada mata kail. Ini berlaku di Utara Norway apabila Anderson berjaya mengail dan menangkap seekor sotong gergasi yang tersangkut pada mata kailnya. Kejadian ini sempat dirakam oleh kawannya yang sama-sama mengail di tempat tersebut. Bayangkan kalaulah kita berjaya menangkap sotong gergasi tersebut.Apa yang korang buat? Rasa-rasanya boleh simpan di dalam peti ais dan boleh dimakan sehingga setahun.Tak payah lagi korang susah-susah beli makanan kat kedai... korang dapat sotong ni,lantak korang la nak buat camne dengan sotong ni..nak buat masak kunyit ke....masak masam manis ke...masak halia ke....sotong tiga rasa ke...x kisah...asalkan korang jangan jadi SOTONG sudah!!!!

Komputer CAIR!!!

Komputer merupakan sebuah mesin yang diciptakan untuk memudahkan urusan manusia melakukan kerja. Kegunaan komputer ini terlalu banyak antaranya menyiapkan dokumen rasmi, memainkan DVD, melayari internet seperti menghantar e-mail, layan facebook, membuat video conference, bermain games dan lain-lain lagi. Tapi awas! Jangan on komputer anda terlalu lama kerana komputer ini akan menjadi panas dan panas dan seterusnya komputer ini akan CAIR!!! (seperti gambar diatas).Oleh itu,berpada-padalah korang apabila menghadap komputer ni...bimbang komputer korang akan jadi CAIR disebabkan terlalu panas.....

Kentut paling power didunia

Kentut merupakan perbuatan yang sihat kerana kentut dapat mengeluarkan gas-gas yang tidak diperlukan dalam badan seseorang. Gambar kat atas ni menunjukkan kentut yang paling power didunia....Siap keluar api lagi....Hahaha.....

Papa! Belikan basikal untuk saya...

Gambar diatas ini menunjukkan manusia yang paling miskin didunia kerana tidak mempunyai wang untuk membeli basikal. Basikal yang dilukis kat atas jalan raya pun diboncengnya...Pelik betul perangai manusia zaman sekarang...macam-macam boleh berlaku...

Akibat parking kereta kat depan pili bomba

Korang kalau nak parking kereta jangan parking ikut suka hati korang je...contoh terbaik gambar kat atas ni...parking kereta kat depan pili bomba...Apabila berlaku kecemasan dan kebakaran,pihak bomba akan menggunakan pili yang berdekatan untuk disambung dengan hos untuk memadamkan kebakaran. Cermin kereta yang parking kat depan pili bomba dipecahkan dan dimasukkan hos kedalam kereta tersebut supaya pengaliran air tidak tersekat. Tu la..taknak ikut undang-undang yang telah ditetapkan....PADAN MUKA!!!