
"Jeput Pise" atau nama sebenarnya cucur pisang (nama saintifik x tahu) sememangnya mudah diadun dan digoreng sendiri oleh sesiapa sahaja. Terdapat banyak cucur antaranya cucur udang, cucur bawang, cucur badak, cucur cempedak dan lain2 cucur lagi.Senang sahaja ramuannya iaitu tepung,telur,gula,garam, pisang dan air. Cara membuatnya mudah sahaja iaitu lenyekkan pisang(apa2 jenis pisang pun takpe) dalam sebuah bekas. Guna bekas yang lain dan campurkan adunan yang masih tertinggal iaitu tepung,telur dan air. Adunkan sehingga sebati. Selepas itu masukkan sedikit gula dan garam kedalam adunan tersebut(kalau nak lemak sedikit tambahkan susu cair). Akhir sekali campurkan pisang yang telah dilenyek tadi kedalam adunan tersebut. Panaskan kuali kemudian goreng. Kemudian, angkat dan hidangkan di atas pinggan (seperti gambar diatas). Kemudian,makanlah......tunggu apa lagi....hehehe...

No comments:
Post a Comment